🥏 Cara Buat Pes Ikan Bakar Sedap
Memangsedap dan jimat masa. Resepi dan cara untuk membuat Kuah Kacang dengan mudah dan sedap! Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api. Menu paling nostalgia dan tersedap! Cara untuk membuat Pes Ikan Bakar paling padu. Kali ni kita guna Ikan Siakap yang viral! 11/11/2021.
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah ikan bakar. Banyak versi resipi ikan bakar. Ada yang sukakan ikan bakar kosong dan dimakan bersama air kurang juga peminat ikan bakar yang dimasak dengan pes. Hidangan ini tak perlukan air asam kerana pes yang ada sudah cukup untuk memberi rasa kepada isi Othman ada berkongsi resipi pes ikan bakar yang sedap, bolehlah dicuba nanti;Resepi Pes Ikan BakarAssalamualaikum. Ramai yg tanya resepi pes ikan bakar sebelum ni tp kita kebizian xsempat nk menaip. Pes ni sebenarnya kita buat sekadar cuba2 je, mana yg kurang bolehlah tambah foto Facebook Suzana OthmanBahan-bahan 1biji bawang besar 4ulas bawang putih 1genggam cili kering 2batang serai 1inci halia Lengkuas Sedikit udang kering Sedikit belacan Kisar semua bahan di atas 1biji bawang besar-potong dadu Garam Gula Air asam jawaBaca JugaResipi Banana Yogurt Cheese Cake, Sesuai Hidang Waktu Raya. Masam-Masam Berlemak, Sedap!Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!Sumber foto Facebook Suzana OthmanCara-cara 1. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Bila pes dah bertukar warna gelap, tambahkan air asam jawa dan masukkan bawang yg dipotong dadu. Tutup api. 2. Untuk buat ikan bakar boleh guna ikan yang disukai. Cuci bersih-bersih kemudian rendam ikan dgn perahan limau dan garam sebentar. 3. Toskan air, alas ikan atas daun pisang kemudian lumur ikan dengan sedikit garam. 4. Sapu pes atas ikan dan bakar hingga masak. Tabur petai jika suka selepas ikan masak. Perahkan dgn sedikit asam limau. Dah perkongsian tip, untuk memastikan isi ikan tidak tertanggal, alaskan dengan daun pisang. Letakkan di atas pemanggang, tidak perlu ditutup. Apabila ikan hampir masak, barulah ditutup supaya isi ikan masak menggunakan pemanggan tanpa tutup, jangan dibalikkan ikan terlalu kerap supaya isi ikan tidak tertanggal. Bolehlah cuba resipi ini, mudah dan sedap!Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents atau channel Telegram Pa&Ma sekarang!
Pesikan bakar Tumisan Bonda ni sedap. 1 paket memang cukup molek untuk 2 ekor ikan bawal yang sederhana. Untuk pes ikan bakar ni, kena perap sekejap ikan tu sebelum dibakar. Lepas tu, korang boleh lah bakar atas pemanggang ajaib ke nak bakar dalam oven pun boleh.
Tiap kali teringat ikan bakar, terus nak cari restoran ikan bakar mana yang sedap kan. Pernak tak terfikir nak buat sendiri? Bila dah teragak sangat tu, apa kata jom buat resepi ikan bakar petai sendiri di rumah. Tak payah pergi restoran lagi dah. Boleh jimat dan makan puas-puas. Resepi ni dikongsikan oleh Sakinah Sulaiman! Memang padu dan menyelerakan masakan ikan bakarnya. Bukan biasa-biasa tau. Resepi ni seakan-akan seperti restoran ikan bakar yang ada sambal rencahnya sendiri. Sambal inilah yang jadi bahan asas yang akan dibakar sekali dengan ikan. Lebih kurang macam pes juga. Boleh dibuat sekali banyak dan disejuk bekukan untuk dibuat stok. Tiap kali nak buat ikan bakar ataupun makanan seafood bakar lain, boleh guna terus stok sambal yang disimpan ni. Untung kan? Bukan hanya sedap, malah mudah pula disediakan. Bila dah ada stok sambal ni, yang mana nak tambah bahan lain yang bagi aroma istimewa, bolehlah masukkannya sekali. Contohnya petai ini lah. Atau contoh lainnya ialah daun kunyit, bunga kantan dan sebagainya. Ikut selera kita. RESEPI IKAN BAKAR PETAI Untuk ikannya, anda boleh gunakan apa-apa jenis ikan yang disukai. Biasanya orang masak ikan bakar dengan siakap, jenahak, pari, kerapu dan sebagainya. Ikut kesukaan masing-masing. Bahan-bahan yang diperlukan Bahan kisar Cili kering segenggam kalau dah blend, lebih kurang dalam 5 sudu Halia 1 ½ inci Bawang besar 1 atau ½ biji ikut suka Bawang putih 5 ulas Bawang merah 5 biji Lengkuas 1 inci Serai 3-4 batang tengok saiz Gula melaka potong suku Bahan lain Garam dan gula secukup rasa Pes asam jawa Adabi dalam 2-3 sudu boleh letak lebih kalau suka masam Cara masak sambal pes ikan bakar ▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau dan garing. ▶️ Seterusnya masukkan air asam jawa, gula melaka dan juga gula pasir secukup rasa. Dan kacau sebati. ▶️ Untuk bahan-bahan ni, sebenarnya ikut citarasa sendiri. Kalau anda suka pedas lebih, masam lebih, semua boleh adjust kuantiti bahannya. Ikut selera masing-masing. ▶️ Dan untuk tips, tumiskan bahan ni berkali-kali untuk dapatkan pes sambal yang lebih sebati dan cukup masak. ▶️ Caranya ialah masukkan secawan air ke dalam bahan, kemudian tumis sehingga kering. Selepas tu masukkan air semula, dan tumis lagi sehingga kering. ▶️ Lakukannya dalam 5-6 kali dengan menggunakan api yang sederhana. ▶️ Kemudian buat proses bakar pula. Nak mudah, boleh bakar atas kuali leper sahaja. ▶️ Disebabkan kita bakar atas kuali leper je, nanti kita perlu masak ikan half cook dulu. Selepas dah masak half cook, keluarkan air ikan tu. Dan sambung semula bakar sehingga masak sepenuhnya. ▶️ Cara bakarnya ialah, sediakan daun pisang dahulu. Lepas tu sapukan sambal pes tadi ke atas daun pisang tersebut. ▶️ Letakkan ikan yang ingin dibakar atas sambal tu. ▶️ Dan kemudian sapukan lagi sambal pes atas ikan pula. Taburkan petai atasnya. ▶️ Atau nak lagi sedap dengan aroma petai, petai tu boleh digaulkan dulu dengan sambal, baru salutkan atas ikan. ▶️ Selepas tu bakarlah atas kuali leper ni. ▶️ Masa membakarnya, air ikan akan keluar. Jadi, nak lagi sedap, bakarlah ikan ni sehingga kering tapi pastikan tak overcook. Bila sambal pun kering, aromanya lagi sedap dan sebati. ▶️ Dah siap, boleh dihidangkan! Fuhh, terliur tengok ikan ni lepas je kita buka daun pisang selepas dibakar. Boleh bau semerbak sambal dan petai yang dah sebati. BACA JUGA Resepi Ayam Panggang Black Pepper Sedap Dan Juicy. rasa Perapannya Sampai Ke Dalam Isi! Makan dengan nasi kosong tanpa lauk lain lagi dah, memang puas hati. Ikan bakar ni nak rasa betul-betul sedap, pesnya tu perlu cukup rasa pedas, masam, manis, masinnya. Barulah makan sampai menjilat jari. Lepas ni kalau nak makan ikan bakar macam kat kedai, buat je resepi ikan bakar petai yang sedap ni. Senang je sebenarnya penyediaanya. Yang penting, rasa memang padu. Selamat mencuba!
.